Wednesday, October 31, 2012

Kem Membaca 1 Malaysia dan READ




PENGENALAN
Kem Membaca 1 Malaysia dan READ merupakan salah satu program yang dianjurkan oleh pihak Kementerian Pelajaran Malaysia bagi mengisi program Bulan Bahasa Kebangsaan. Program ini bertujuan untuk menanam dan memupuk tabiat membaca dikalangan  pelajar sekolah rendah dan juga sekolah menengah. Program Kem Membaca 1 Malaysia dan READ dipertanggungjawabkan kepada Bahagiaan Teknologi Pendidikan Malaysia,Kementerian Pelajaran Malaysia. Manakala diperingkat sekolah dibawah kelolaan Pusat Sumber Sekolah.
            Kem Membaca 1 Malaysia  dan READ juga bertujuan mengisi  aktiviti selepas peperiksaan UPSR dan PMR. Program ini diadakan selaras dengan matlamat Kementerian Pelajaran Malaysia memartabatkan Bahasa Melayu dan memperkasakan Bahasa Inggeris ( MBMMBI ) yang dilancarkan oleh Menteri Pelajaran Malaysia.
            Oleh yang demikian pihak pengurusan sekolah sedaya upaya menjalankan aktiviti yang dirancang dengan jayanya.

2.0 MATLAMAT
  1. Memupuk  dan membudayakan tabiat membaca dikalangan murid.
  2. Memartabatkan Bahasa Melayu dan memperkasakan Bahasa Inggeris.

OBJEKTIF
  1. Membentuk sahsiah murid supaya dapat bekerjasama dalam satu kumpulan.
  2. Mengetengahkan bakat murid memimpin kumpulan.
  3. Mengesan bakat dan minat murid.
  4. Memupuk murid cinta dan sayang  kepada sekolah
  5. Memupuk murid mengetahui dan menggunakan sumber dan maklumat yang terdapat di sekitar sekolah.

SASARAN
  1. Semua murid tahap 1 dan tahap 2 .
  2. Guru.
  3. Warga sekolah

TARIKH PELAKSANAAN
22.10.2012 – 24. 10.2012
( Isnin – Jumaat )


1 comment:

  1. Salam Ziarah

    Saya dari SMK Taman Indah, Tampin, Negeri Sembilan http://pssmktin9.blogspot.com/

    ReplyDelete