Monday, July 15, 2013

Program KITA

Unit Peningkatan Akademik telah mengadakan  satu program khas iaitu "Program KITA" ( K-Kita ,I- Ikhtiar, T - Tingkatkan , A-Akademik )

Objektif program ini adalah untuk meningkatkan peratus lulus dan cemerlang dalam peperiksaan UPSR. Program ini telah dilancarkan oleh Guru Besar secara rasminya pada 15.07.2013 ( Isnin ) di perhimpunan sekolah. 

Saturday, November 3, 2012

Majlis Khatam Al-Quran dan Penangguhan Kem Bestari Solat 2012

SK Muhibbah telah selesai  mangadakan Majlis Khatam Al-Quran dan Penangguhan Kem Bestari Solat 2012 pada 1 Nov 2012 bertempat di Astaka SK Muhibbah. Majlis telah di rasmikan oleh Pn Romlah Hashim PK HEM SK Muhibbah.

                                               Klik disini untuk melihat semua foto
                                               Klik disini untuk melihat buku program


Wednesday, October 31, 2012

Kem Membaca 1 Malaysia dan READ




PENGENALAN
Kem Membaca 1 Malaysia dan READ merupakan salah satu program yang dianjurkan oleh pihak Kementerian Pelajaran Malaysia bagi mengisi program Bulan Bahasa Kebangsaan. Program ini bertujuan untuk menanam dan memupuk tabiat membaca dikalangan  pelajar sekolah rendah dan juga sekolah menengah. Program Kem Membaca 1 Malaysia dan READ dipertanggungjawabkan kepada Bahagiaan Teknologi Pendidikan Malaysia,Kementerian Pelajaran Malaysia. Manakala diperingkat sekolah dibawah kelolaan Pusat Sumber Sekolah.
            Kem Membaca 1 Malaysia  dan READ juga bertujuan mengisi  aktiviti selepas peperiksaan UPSR dan PMR. Program ini diadakan selaras dengan matlamat Kementerian Pelajaran Malaysia memartabatkan Bahasa Melayu dan memperkasakan Bahasa Inggeris ( MBMMBI ) yang dilancarkan oleh Menteri Pelajaran Malaysia.
            Oleh yang demikian pihak pengurusan sekolah sedaya upaya menjalankan aktiviti yang dirancang dengan jayanya.

Thursday, October 25, 2012

Pertandingan Sketsa Petronas Streetsmart Peringkat Kebangsaan




Sk Muhibbah telah terpilih untuk mewakili Sabah dalam petandingan Sketsa Petronas Streetsmart Peringkat Kebangsaan yang diadakan di Auditorium Panggung Seri, Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara, Melaka pada 23 oktober 2012. Tahniah diucapkan kepada pasukan SK Muhibbah yang terdiri daripada
Ustaz Khairizal Adzemy dan Cikgu Nooratihah Basir selaku jurulatih dan guru pengiring serta 10 orang murid tahun 6. Pasukan SK Muhibbah telah mendapat saguhati di pertandingan peringkat kebangsaan tersebut.

Saturday, October 20, 2012

HARI USAHAWAN MUDA ,2012


HARI USAHAWAN MUDA ,2012

Tarikh    : 19.10.2012 ( Jumaat )
Tempat                : Astaka Sk.Muhibbah
Masa     : 7.00 – 11.20 Pagi.
Anjuran : Panitia Kemahiran Hidup ( KH )
Hari Usahawan Muda disertai oleh murid- murid tahap 2 iaitu tahun 4,5,dan 6. Aktiviti ini dilaksanakan untuk memberi pendedahan kepada murid-murid bagaimana menjalankan asas perniagaan yang dipelajari daripada  P & P.Setiap kelas membuka gerai jualan masing-masing dibawah pengawasan dan tunjukajar daripada guru kelas.Aktiviti ini dapat mendatangkan banyak faedah kepada murid-murid. Antara pengisiannya ialah jualan makanan, cenderahati,pertandingan gubahan bunga murid, pertandingan gubahan bunga guru, pertandingan menganyam ketupat guru, pertandingan memasang kit gear dan cabutan bertuah.