Saturday, May 1, 2010

Persatuan Agama Islam & Kelab j-QAF

Jawatankuasa persatuan telah mengadakan pelbagai aktiviti sempena Bulan Bahasa Peringkat Sekolah 2010 anjuran Unit Ko-Kum dan Pusat Sumber Sekolah. Antara aktiviti yang dilaksanakan ialah :
1. Pertandingan Khat AL-Hikam Bahasa Arab tahun 6.
2.Pertandingan Membaca Teks Bahasa Arab tahun1,2,3.
3. Pertandingan Mendeklamasikan Sajak Bahasa Arab tahun 4 & 5.
Pertandingan Membaca Teks Bahasa Arab diadakan di PSS pada hari Khamis ( 29.4.2010) dan pertandingan mendeklamasikan sajak pada hari rabu ( 28.4.2010). Sambutan murid sangat baik.
Sesungguhnya aktiviti yang diadakan dapat mencungkil bakat murid,mengajar murid lebih berani , dan menggalakkan murid menyertai setiap aktiviti yang dianjurkan oleh pihak sekolah.
Disediakan oleh: Guru Penasihat Persatuan..Kak Zym

No comments:

Post a Comment