Profile


Visi PSS
Mewujudkan PSS yang efektif dengan memberi tumpuan
terhadap pelanggan secara menyeluruh

Misi PSS
Pusat Sumber Cemerlang Menjelang 2012

Moto PSS
Gedung Ilmu Penjana Minda

Objektif PSS
1. Menjadikan PSS sebagai “Nadi Sekolah” bagi semua
P&P
2. Meningkatkan mutu p&p dan potensi individu serta
sahsiah
3. Menggalakkan pelajar dan guru menggunakan
kemudahan pembelajaran dan tidak hanya bergantung
kepada buku teks serta kaedah tradisional
4. Memupuk tabiat belajar sendiri, membaca dan
menyelidik melalui pencarian dan penggunaan
maklumat secara sistematik
5. Membantu pelajar dan guru menghasil, menilai dan
menggunakan pelbagai alatan dan bahan P&P
6. Mengadakan kemudahan dan perkhidmatan untuk
memenuhi keperluan pembelajaran yang berbeza
dikalangan pelajar
7. Melatih dan membimbing pelajar menggunakan
kemahiran maklumat dalam proses pembelajaran

Fungsi Pusat Sumber
1. Mengumpul, menyimpan dan mengedar pelbagai maklumat p&p
2. Mewujudkan budaya penggunaan sumber di kalangan
pelajar dan guru
3. Membentuk masyarakat pelajar yang bekerja dan dinamis
4. menjadikan sekolah sebagai intitusi pembelajaran yang
mengamalkan budaya membaca untuk sepanjang hayat.

Matlamat
Membentuk insan yang bermaklumat untuk pendidikan dan
Pembelajaran sepanjang hayat

Piagam PSS
1. Menyediakan tempat yang selesa, ceria, bermaklumat dan suasana pembelajaran yang baik
2. Menyediakan pelbagai jenis bahan p&p yang diperlukan
3. Menyediakan kemudahan pinjaman
4. Menambahkan koleksi bahan bacaan, bukan bacaan dan
bahan-bahan rujukan yang bermutu dan terkini dari semasa ke semasa.
5. Bersedia dan sentiasa memberi khidmat