Sunday, August 14, 2011

Program Ramadhan Dekat di Hati & Pengisian Bulan Kemerdekaan 2011.

Pusat Sumber Sekolah ( PSS),Panitia PAI ,Panitia PSV,dan Panitia PSK sedang melaksanakan pelbagai aktiviti pada bulan Ramadhan dan bulan kemerdekaan. Panitia PAI sedang melaksanakan program Ihya Ramadhan dengan melancarkan Program Ramadhan Dekat di Hati.Pengisian program seperti tadarus Al-Quran murid tahun 6 dan guru-guru yang terpilih,pertandingan hafazan,tilawah ,bacaton Ramadhan, dan tazkirah. Acara ini diadakan semasa waktu rehat setiap hari sesi pagi dan sesi petang. PSS pula mengadakan program bacaton kemerdekaan, baca puisi kemerdekaan, pameran buku PSS , jualan penanda buku kemerdekaan,pertandingan buku skrap dan kuiz kemerdekaan.Panitia PSV mengadakan pertandingan mewarna poster bagi murid tahun 1 - 3 dan pertandingan kad hari raya kreatif.Panitia PSK mengadakan pertandingan koir kemerdekaan untuk tahap 2 dan tahap 1 dan laian-lain lagi. Majlis penutupan Ramadhan Dekat di Hati akan diadakan pada 26.08.2011( Jumaat) dan penangguhan bulan kemerdekaan akan diadakan pada 16 September 2011 sempena sambutan Hari Malaysia.

disediakan:ust mahyuddin/GPM

No comments:

Post a Comment