Friday, April 2, 2010

Penilaian Pusat Sumber Cemerlang Peringkat Negeri

Tahniah kepada semua warga Sk.Muhibbah,Sandakan kerana PSS Sk.Muhibbah telah terpilih menyertai Penilaian Pusat Sumber Cemerlang Peringkat Negeri Sabah 2010 buat kali pertama.PSS Sk.Muhibbah juga mewakili Pejabat Pelajaran Daerah Sandakan bagi kategori PSS Bandar. Pegawai yang bertanggungjawab membuat penilaian dan perkongsian ilmu ialah Pn.Halimah ( Pegawai Teknologi Pendidikan,PPD Sandakan ).

Beliau telah mengadakan pra lawatan pada hari Khamis ( 1.4.2010) dan telah mengadakan taklimat khas tentang peranan setiap ketua panitia dan semua penolong kanan di bilik guru besar.Beliau juga berkongsi pengalaman bagaimana mengurus PSS dan menjelaskan juga peranan PSS kepada kecemerlangan kurikulum dan ko-kurikulum di sekolah.Beliau telah mencadangkan beberapa perkara yang perlu diberi perhatian kepada pihak pengurusan sekolah:

1. Memperkasakan pengurusan dan pentadbiran PSS.
2. Memperkasakan Program Galakan Membaca.
3. Memgadakan pelbagai promosi tentang PSS kepada murid dan ibubapa.
4. Dokumentasi aktiviti setiap panitia perlu dimurnikan lagi.
5. Pengurusan kewangan setiap panitia (PCG)
6. Pembelian bahan-bahan bacaan dan rujukan.
7. Pengurusan kelas ceria dan bermaklumat.
8. Pengelolaan bahan panitia mestilah berpusat.
9. PSS sebagai nadi sekolah.
10. PSS bukan hanya tempat membaca buku tapi juga sebagai tempat mencari maklumat dan juga sebaran maklumat kepada warga sekolah.
11.Peranan panitia sebagai AJK INDUK PSS.

Disediakan : GPM PSS.

No comments:

Post a Comment