Friday, May 6, 2011

Pertandingan Jejak Bahasa tahun 4,5,6


Pertandingan Jejak Bahasa telah diadakan pada Jumaat ( 6.5.2011).Matlamatnya ialah supaya murid dapat mengetahui maklumat-maklumat yang terdapat di sekeliling sekolah,mendidik sikap bekerjasama dalam satu pasukan,hormat-menghormati serta menepati masa.Pertandingan ini bermula jam 7.00 - 9.00 pagi. Soalan-soalan melibatkan 3 bahasa iaitu BM,BI dan BA.Pertandingan ini amat mencabat minda dan fizikal peserta kerana peserta akan bergerak mengikut klu yang disediakan. Ada kumpulan yang hampir berputus asa , tetapi setelah dipujuk oleh guru serta mendapat suntikan semangat mereka dapat juga menghabiskan tugasan yang diberi.pertandingan berakhir di PSS.Pertandingan ini merupakan yang pertama diadakan sempena Bulan Bahasa Peringkat Sekolah.

No comments:

Post a Comment