Friday, May 6, 2011

Choral Speaking Year 6,Poem year 5, Story telling year 4 dan Pidato tahun 6.

Pertandingan Choral Speaking tahun 6 telah diadakan pada hari Khamis( 5.05.2011). Kelas yang terlibat ialah kelas 6 Zuhrah,6 Bumi,6 Marikh dan 6 Utarid.Pertandingan ini diadakan di Astaka Sekolah bermula jam 7.00 hingga 8.30 pagi.Pengadilnya ialah Pn. Rajaswari,En. Gafar dan Pn.Romlah( Pk.Kokum).Pertandingan ini diadakan sempena  Bulan Bahasa peringkat sekolah. Pemenang bagi pertandingan ini ialah kelas 6 Marikh,kedua 6 Utarid, ketiga 6 Zuhrah .
Selepas waktu rehat ,pertandingan poem year 5, story telling year 4 dan pidato tahun 6 diadakan serentak di PSS dan di bilik Audio Visual .Suasana amat meriah sekali,ada murid yang menangis kerana terlupa sajak serta terputus cerita..Apa yang penting murid telah menunjukkan bakat yang mereka miliki.

No comments:

Post a Comment