Wednesday, February 3, 2010

PEMILIHAN TOKOH NILAM DAERAH SANDAKAN 2010


Disediakan - Penyelaras PSS (28.1.2010 )

Pihak sekolah mengucapkan tahniah dan terimakasih kepada pelajar tahun 6 Zuhrah iaitu Nuramani Mirsha bt. Azmankerana telah mewakili sekolah ke pertandingan Pemilihan Tokoh NILAM daerah Sandakan 2010 .
Tempat : Pusat Kegiatan Guru ( PKG) Sandakan.
Hari : Khamis ( 28 .01.2009)
Guru Pengiring : Ustazah Siti Zaimah bt. Hj.Mohd Amin.

RASIONAL
Memberi pengiktirafan kepada murid -murid yang telah berjaya menyertai Program NILAM sepenuhnya mengikut kriteria yang ditetapkan. untuk mengukuhkan lagi tabiat membaca ke arah melahirkan pembaca bestari(AVID Reader ) melalui pendedahan pelbagai aktiviti pengayaan membaca.

OBJEKTIF
1. Mencari calon-calon bagi mewakili PPD Daerah Sandakan mengikut kategori penganugerahan yang
ditetapkan oleh peringkat negeri dan kebangsaan
2. Mengcukil bakat semulajadi yang ada pada seseorang murid yang cemerlang dalam tabiat membaca.
3. Mencari tokoh NILAM peringkat PPD Daerah Sandakan.

KRITERIA YANG DINILAI
1. Kemahiran Membaca
2. Pengetahuan ( Ulasan Buku dan ciri-ciri fizikal buku )
3. Kebestarian( Topik terkini )
4. Kemahiran memberi pendapat/ulasan ( penulisan )
5. Penghayatan dan Aprisiasi Pembacaan .

Beliau muncul sebagai JOHAN mengalahkan 8 buah sekolah yang lain dan terpilih sebagai TOKOH NILAM DAERAH SANDAKAN 2010 . Beliau akan mewakili PPD Sandakan ke pertandingan
TOKOH NILAM PERINGKAT BAHAGIAN SANDAKAN 2010.

No comments:

Post a Comment