PENGENALAN
Kem Membaca 1 Malaysia dan
READ merupakan salah satu program yang dianjurkan oleh pihak Kementerian
Pelajaran Malaysia bagi mengisi program Bulan Bahasa Kebangsaan. Program ini
bertujuan untuk menanam dan memupuk tabiat membaca dikalangan pelajar sekolah rendah dan juga sekolah
menengah. Program Kem Membaca 1 Malaysia dan READ dipertanggungjawabkan kepada
Bahagiaan Teknologi Pendidikan Malaysia,Kementerian Pelajaran Malaysia.
Manakala diperingkat sekolah dibawah kelolaan Pusat Sumber Sekolah.
Kem Membaca 1 Malaysia dan READ juga bertujuan mengisi aktiviti selepas peperiksaan UPSR dan PMR. Program
ini diadakan selaras dengan matlamat Kementerian Pelajaran Malaysia
memartabatkan Bahasa Melayu dan memperkasakan Bahasa Inggeris ( MBMMBI ) yang
dilancarkan oleh Menteri Pelajaran Malaysia.
Oleh yang demikian pihak pengurusan
sekolah sedaya upaya menjalankan aktiviti yang dirancang dengan jayanya.
2.0
MATLAMAT
- Memupuk dan membudayakan tabiat membaca dikalangan
murid.
- Memartabatkan Bahasa
Melayu dan memperkasakan Bahasa Inggeris.
OBJEKTIF
- Membentuk sahsiah murid
supaya dapat bekerjasama dalam satu kumpulan.
- Mengetengahkan bakat
murid memimpin kumpulan.
- Mengesan bakat dan minat murid.
- Memupuk murid cinta dan sayang
kepada sekolah
- Memupuk murid mengetahui dan menggunakan sumber dan maklumat yang
terdapat di sekitar sekolah.
SASARAN
- Semua murid tahap 1 dan tahap 2 .
- Guru.
- Warga sekolah
TARIKH PELAKSANAAN
22.10.2012 – 24. 10.2012
( Isnin – Jumaat )
Salam Ziarah
ReplyDeleteSaya dari SMK Taman Indah, Tampin, Negeri Sembilan http://pssmktin9.blogspot.com/