Objektif program ini adalah untuk meningkatkan peratus lulus dan cemerlang dalam peperiksaan UPSR. Program ini telah dilancarkan oleh Guru Besar secara rasminya pada 15.07.2013 ( Isnin ) di perhimpunan sekolah.
Pusat Sumber Sekolah SK Muhibbah
Monday, July 15, 2013
Program KITA
Unit Peningkatan Akademik telah mengadakan satu program khas iaitu "Program KITA" ( K-Kita ,I- Ikhtiar, T - Tingkatkan , A-Akademik )
Saturday, November 3, 2012
Majlis Khatam Al-Quran dan Penangguhan Kem Bestari Solat 2012
SK Muhibbah telah selesai mangadakan Majlis Khatam Al-Quran dan Penangguhan Kem Bestari Solat 2012 pada 1 Nov 2012 bertempat di Astaka SK Muhibbah. Majlis telah di rasmikan oleh Pn Romlah Hashim PK HEM SK Muhibbah.
Klik disini untuk melihat semua foto
Klik disini untuk melihat buku program
Klik disini untuk melihat semua foto
Klik disini untuk melihat buku program
Wednesday, October 31, 2012
Kem Membaca 1 Malaysia dan READ
PENGENALAN
Kem Membaca 1 Malaysia dan
READ merupakan salah satu program yang dianjurkan oleh pihak Kementerian
Pelajaran Malaysia bagi mengisi program Bulan Bahasa Kebangsaan. Program ini
bertujuan untuk menanam dan memupuk tabiat membaca dikalangan pelajar sekolah rendah dan juga sekolah
menengah. Program Kem Membaca 1 Malaysia dan READ dipertanggungjawabkan kepada
Bahagiaan Teknologi Pendidikan Malaysia,Kementerian Pelajaran Malaysia.
Manakala diperingkat sekolah dibawah kelolaan Pusat Sumber Sekolah.
Kem Membaca 1 Malaysia dan READ juga bertujuan mengisi aktiviti selepas peperiksaan UPSR dan PMR. Program
ini diadakan selaras dengan matlamat Kementerian Pelajaran Malaysia
memartabatkan Bahasa Melayu dan memperkasakan Bahasa Inggeris ( MBMMBI ) yang
dilancarkan oleh Menteri Pelajaran Malaysia.
Oleh yang demikian pihak pengurusan
sekolah sedaya upaya menjalankan aktiviti yang dirancang dengan jayanya.
Thursday, October 25, 2012
Pertandingan Sketsa Petronas Streetsmart Peringkat Kebangsaan
Sk Muhibbah telah terpilih untuk mewakili Sabah dalam petandingan Sketsa Petronas Streetsmart Peringkat Kebangsaan yang diadakan di Auditorium Panggung Seri, Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara, Melaka pada 23 oktober 2012. Tahniah diucapkan kepada pasukan SK Muhibbah yang terdiri daripada
Ustaz Khairizal Adzemy dan Cikgu Nooratihah Basir selaku jurulatih dan guru pengiring serta 10 orang murid tahun 6. Pasukan SK Muhibbah telah mendapat saguhati di pertandingan peringkat kebangsaan tersebut.
Saturday, October 20, 2012
HARI USAHAWAN MUDA ,2012
HARI USAHAWAN MUDA
,2012
Tarikh : 19.10.2012 ( Jumaat )
Tempat : Astaka Sk.Muhibbah
Masa : 7.00 – 11.20 Pagi.
Anjuran : Panitia
Kemahiran Hidup ( KH )
Hari Usahawan Muda
disertai oleh murid- murid tahap 2 iaitu tahun 4,5,dan 6. Aktiviti ini
dilaksanakan untuk memberi pendedahan kepada murid-murid bagaimana menjalankan
asas perniagaan yang dipelajari daripada
P & P.Setiap kelas membuka gerai jualan masing-masing dibawah
pengawasan dan tunjukajar daripada guru kelas.Aktiviti ini dapat mendatangkan
banyak faedah kepada murid-murid. Antara pengisiannya ialah jualan makanan,
cenderahati,pertandingan gubahan bunga murid, pertandingan gubahan bunga guru,
pertandingan menganyam ketupat guru, pertandingan memasang kit gear dan cabutan
bertuah.
Subscribe to:
Posts (Atom)